Monday 17 November 2014

MAKSUD INTERNET

1. Perkataan Internet berasal dari gabungan perkataan inter dan network, ia itu inter-net atau antara rangkaian. Sebagai contoh 'international' bermakna antara negara-negara, 'interstate' bermakna antara negeri-negeri, 'interdepartment' bermakna antara cawangan-cawangan begitu juga Internet bermakna antara rangkaian-rangkaian komputer.

2. Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.


EVOLUSI INTERNET

1. Sejarah kewujudan internet bermula pada tahun 1969. ketika itu Departmen Pertahanan Amerika, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) memutuskan untuk membentuk satu idea tentang bagaimana cara untuk menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk jaringan organik. Program ini dikenali dengan nama ARPANET. Pada 1970, sudah lebih dari 10 komputer yang berhasil dihubungkan antara satu sama lain sehingga mereka boleh berkomunikasi dan membentuk sebuah jaringan. pada tahun 1972, Roy Tomlinson berjaya menyempurnakan program e-mail yang beliau ciptakan setahun yang lalu untuk ARPANET. Program e-mail ini begitu mudah sehingga boleh menjadi popular. Pada tahun yang sama, ikon atau juga diperkenalkan sebagai lambang penting yang menunjukkan “at” atau “@”. pada tahun 1973, jaringan komputer ARPANET mulai dikembangkan ke luar Amerika Syarikat hingga ke seluruh negara.

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN KOMPUTER

KEBAIKAN:
*Kelajuan*
Operasi dalam komputer berlaku melalui litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Pemprosesannya adalah sangat laju.

*Konsisten*
Komputer dapat memproses data kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan oleh kesilapan input manusia (Garbage In Garbage Out).

*Storan*
komputer masa kini mempunyai storan yang sangat besar. Data dan maklumat juga dapat dicapai dan diproses dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.

*Komunikasi*
Dengan adanya teknologi rangkaian komputer dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih pantas , efisien dan berkesan. Pengguna juga dapat berhubung dalam masa yang sangat singkat walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang sangat jauh.

*Kebolehsandaran*
Komponen-komponen komputer dalam litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.




KEBURUKAN:

*Risiko Kesihatan*
Penggunaan komputer secara berterusan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan. 
Antara risiko kesihatan:

>Repetitive Strain Injury(kecederaan ketegangan berulang)

>Carpal Tunnel Syndromme
   *Radang saraf yang menghubungkan lengan dengan telapak tangan.
 
>Tendonitis
   *Keradangan tendon akibat gerakan yang berulang.

>Computer Vision Syndromme(CVS)
   *Masalah Penglihatan.

>Computer Addiction(ketagihan komputer)
   *Seluruh masa bersosial hanya dihabiskan bersama komputer.

*Pencerobohan Hak Privasi*
#Data-data yang terkandung dalam ingatan komputer terdedah kepada kecurian melalui pencerobohan komputer.

*Keselamatan Awam*
#Pelbagai maklumat palsu boleh disebarkan melalui rangkaian internet. Maklumat2 palsu ini adakalanya boleh menggugat keselamatan orang awam.
Ada pihak tertentu yang sua menggunakan medium teknologi komputer untu menyebarkan propaganda pihak yamg juga akhirnya boleh menggugat keselamatan awam.

*Impak Tenaga Kerja(Impact on Labor Force)
#Kebanyakan tenaga kerja diebanyakan sektor dan industri hari ini menggunakan komputer dalam menjalanan urusan terutamanya dalam sektor perkilangan. Kebanyakkannya tenaga manusia telah digantikan dengan teknologi komputer dan ini menyebabkan permintaan kepada tenaga kerja manusia berkurangan.


*Impak Persekitaran*
#Pencemaran yang disebabkan oleh pengeluaran perkakasan komputer, serta dari agen pembersihan yang digunakan untuk membersihkan komputer adalah sangat bahaya kepada alam sekitar dan juga kehidupan yang hidup di dalamnya termasuk kita.

PERANTI OUTPUT

 Peranti Output
  • Peranti output adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk memaparkan maklumat yang telah diproses oleh Unit Pemprosesan Pusat (CPU) untuk dilihat, digunakan atau didengar oleh pengguna.
  • Data yang diinput menerusi peranti input perlu diproses oleh komputer supaya berada dalam bentuk yang boleh dibaca oleh mesin sehingga peranti output menukarkannya ke bentuk yang boleh dibaca oleh manusia. diantara contoh-contoh peranti output adalah seperti :
i - Monitor
ii - Projektor LCD
iii - Pencetak
iv - Speaker Audio 

PERANTI INPUT

PERANTI INPUT
  • Peranti input adalah sebarang peranti perkakasan yang digunakan untuk menghantar data ke komputer. Tanpa peranti input, sesebuah komputer hanya bertindak seperti televisyen iaitu hanya memaparkan maklumat sahaja dan tidak membenarkan pengguna berinteraksi dengannya.
  • Ia digunakan untuk membawa input dalam bentuk digital ke memori utama, pemprosesan serta sebagai output.
  • Terdapat pelbagai peranti input untuk kegunaan teks, grafik, audio dan video. Ia boleh dikategorikan mengikut klasifikasi bahan yang diinputkan :
i - Teks
ii - Grafik
iii - Audio
iv - Video

MAKSUD TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau ICT (Information and Communication Technology) merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas. Ia boleh berkenaan denagan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudahnya adalah penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.


Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat.
Pertama teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. 
Kedua, adalah untuk memanipulasikan maklumat dan proses semula imej.
Ketiga, digunakan untuk berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.