2. Sekiranya kita menggunakan komputer biasa (tanpa Internet), kita akan menyimpan data-data tersebut dalam bentuk fail di dalam 'hardisk' komputer kita dan hanya kita sahaja yang boleh membukanya. Tetapi di dalam istilah Internet ini pula, kita menyimpan fail tersebut di satu tempat di namakan 'host' yang mana seluruh rangkaian komputer di dunia ini boleh membaca fail tersebut. Dan inilah yang di katakan Dunia Cyber.
EVOLUSI INTERNET
1. Sejarah kewujudan internet bermula pada tahun 1969. ketika itu Departmen Pertahanan Amerika, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) memutuskan untuk membentuk satu idea tentang bagaimana cara untuk menghubungkan sejumlah komputer sehingga membentuk jaringan organik. Program ini dikenali dengan nama ARPANET. Pada 1970, sudah lebih dari 10 komputer yang berhasil dihubungkan antara satu sama lain sehingga mereka boleh berkomunikasi dan membentuk sebuah jaringan. pada tahun 1972, Roy Tomlinson berjaya menyempurnakan program e-mail yang beliau ciptakan setahun yang lalu untuk ARPANET. Program e-mail ini begitu mudah sehingga boleh menjadi popular. Pada tahun yang sama, ikon atau juga diperkenalkan sebagai lambang penting yang menunjukkan “at” atau “@”. pada tahun 1973, jaringan komputer ARPANET mulai dikembangkan ke luar Amerika Syarikat hingga ke seluruh negara.