Monday 17 November 2014

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENGGUNAAN KOMPUTER

KEBAIKAN:
*Kelajuan*
Operasi dalam komputer berlaku melalui litar elektronik dalam cip. Data mengalir dalam litar ini dengan kelajuan menghampiri kelajuan cahaya. Pemprosesannya adalah sangat laju.

*Konsisten*
Komputer dapat memproses data kompleks dengan pantas dan tepat. Kesilapan output biasanya adalah disebabkan oleh kesilapan input manusia (Garbage In Garbage Out).

*Storan*
komputer masa kini mempunyai storan yang sangat besar. Data dan maklumat juga dapat dicapai dan diproses dengan cepat dan kemudian disimpan semula untuk kegunaan masa depan.

*Komunikasi*
Dengan adanya teknologi rangkaian komputer dapat memudahkan pengguna untuk berkomunikasi dengan lebih pantas , efisien dan berkesan. Pengguna juga dapat berhubung dalam masa yang sangat singkat walaupun dipisahkan oleh kedudukan geografi yang sangat jauh.

*Kebolehsandaran*
Komponen-komponen komputer dalam litar elektronik mempunyai kadar kegagalan yang sangat rendah. Oleh itu, hasil pemprosesan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan konsisten.




KEBURUKAN:

*Risiko Kesihatan*
Penggunaan komputer secara berterusan boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan. 
Antara risiko kesihatan:

>Repetitive Strain Injury(kecederaan ketegangan berulang)

>Carpal Tunnel Syndromme
   *Radang saraf yang menghubungkan lengan dengan telapak tangan.
 
>Tendonitis
   *Keradangan tendon akibat gerakan yang berulang.

>Computer Vision Syndromme(CVS)
   *Masalah Penglihatan.

>Computer Addiction(ketagihan komputer)
   *Seluruh masa bersosial hanya dihabiskan bersama komputer.

*Pencerobohan Hak Privasi*
#Data-data yang terkandung dalam ingatan komputer terdedah kepada kecurian melalui pencerobohan komputer.

*Keselamatan Awam*
#Pelbagai maklumat palsu boleh disebarkan melalui rangkaian internet. Maklumat2 palsu ini adakalanya boleh menggugat keselamatan orang awam.
Ada pihak tertentu yang sua menggunakan medium teknologi komputer untu menyebarkan propaganda pihak yamg juga akhirnya boleh menggugat keselamatan awam.

*Impak Tenaga Kerja(Impact on Labor Force)
#Kebanyakan tenaga kerja diebanyakan sektor dan industri hari ini menggunakan komputer dalam menjalanan urusan terutamanya dalam sektor perkilangan. Kebanyakkannya tenaga manusia telah digantikan dengan teknologi komputer dan ini menyebabkan permintaan kepada tenaga kerja manusia berkurangan.


*Impak Persekitaran*
#Pencemaran yang disebabkan oleh pengeluaran perkakasan komputer, serta dari agen pembersihan yang digunakan untuk membersihkan komputer adalah sangat bahaya kepada alam sekitar dan juga kehidupan yang hidup di dalamnya termasuk kita.

No comments:

Post a Comment